::
Pahrol Mohd. Joui
Beliau dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 Mei 1961. memulakan pengajian
di sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke Sekolah
Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan
dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau
telah bergiat dalam bidang penulisan dengan menjadi wartawan,
pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah.
Pernah
menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98,
namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu
hingga kini, komitmennya dalam penilisan diteruskan dengan menjadi
kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat,
Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, Majalah I dan Anis.
Selain
itu juga beliau aktif menulis lirik –lirik nasyid bagi kumpulan
nasyid tanah air seperti Hijjaz, Rabbani , Raihan, In-Team, UNIC,
Saujana, Mestica, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik
nasyidnya yang popular ialah Sumaiyaah, Suci Sekeping Hati, Siti
Khadijah, dan Ratu Syahadah. Beliau juga menghasilkan skrip bagi
rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO) Bicara Islam (RTM 1) dan
Islam Hadhari (RTM 1). Hingga kini beliau menjadi pengacara segmen
Islam Hadhari (dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM 1)
Kini beliau adalah Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa
Sdn. Bhd. Sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat
yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan,
badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya
menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun,
China, Jordan, dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penilisan
dan latihan. Tentang cinta, adalah bukunya yang terkini selepas
5 buah buku beliau sebelumnya.
|